Laluan alternatif sempena Thaipusam

Md Asri menunjukkan laluan alternatif bagi membantu pengguna sempena sambutan Thaipusam.
Md Asri menunjukkan laluan alternatif bagi membantu pengguna sempena sambutan Thaipusam.
A
A
A

KUALA SELANGOR – Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sempena sambutan perayaan Thaipusam di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab menjelaskan, seramai 40,000 pengunjung dijangka akan hadir secara berperingkat dan memenuhi tiga kuil di daerah ini bermula 20 Januari sehingga 21 Januari nanti.

“Tiga kuil yang terlibat adalah Kuil Subramaniar Alayam Swamy Batu 2, Kuil Subramaniar Alayam Swamy Bukit Belimbing dan Kuil Subramaniar Alayam Swamy Selangor River.

“Perarakan charriot akan melalui Jalan Bukit Rotan Kuala Selangor pada 20 Januari nanti manakala perarakan sama akan melalui Jalan Klang - Teluk Intan ke Tanjong Keramat, Kuala Selangor pada 21 Januari ini,” katanya.

Md Asri berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor juga menyediakan tiga laluan alternatif bagi melancarkan lalu lintas sepanjang musim perayaan Thaipusam nanti.

“Laluan pertama untuk pengguna yang datang dari arah jalan kuala lumpur, boleh mengambil lencongan kanan menggunakan Jalan Kelab Golf Kampung Kuantan ke pekan Kuala Selangor.

“Laluan kedua dari arah Jalan Teluk Intan ke Klang dan Kuala Lumpur, lencongan di persimpangan lampu Isyarat di Assam Jawa dan menggunakan Jalan Telok Piah Kanan.

“Laluan ketiga dari arah Jalan Klang ke Kuala Selangor, pengguna jalan raya boleh menggunakan lencongan kiri ke Jalan Melawati Jaya untuk ke Pekan Kuala Selangor,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu katanya, IPD Kuala Selangor turut menyediakan papan tanda dan menempatkan petugas trafik bagi melancarkan aliran bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!