Op Covid-19: PGA rampas 828kg daun ketum

Antara guni dan bungkusan berisi daun ketum yang dirampas PGA dalam Op Covid-19 di sekitar daerah Padang Besar, Perlis, semalam.
Antara guni dan bungkusan berisi daun ketum yang dirampas PGA dalam Op Covid-19 di sekitar daerah Padang Besar, Perlis, semalam.
A
A
A

PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup daun ketum seberat 828 kilogram (kg) anggaran nilai RM24,840 melalui Op Covid-19 secara berasingan di sekitar daerah ini, semalam.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, serbuan pertama kira-kira jam 11 pagi di kawasan ladang getah menemui sebuah bangsal yang menjadi tempat longgokan daun ketum.

"Polis menemui bungkusan plastik lut sinar berisi daun ketum seberat 511 kg bernilai RM15,330. Kita percaya tempat itu dijadikan lokasi pembungkusan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, serbuan kedua pada jam 12 tengah hari di kawasan kebun getah pula mengesan empat lelaki bermotosikal yang membawa tujuh guni berisi daun ketum.

Antara guni dan bungkusan berisi daun ketum yang dirampas PGA dalam Op Covid-19 di sekitar daerah Padang Besar, Perlis, semalam.
Antara guni dan bungkusan berisi daun ketum yang dirampas PGA dalam Op Covid-19 di sekitar daerah Padang Besar, Perlis, semalam.

Katanya, suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri setelah mencampak guni yang mengandungi 280kg daun ketum bernilai RM8,400.

"Operasi ketiga di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar berjaya mengesan dua lelaki bermotosikal yang membawa dua guni. Anggota operasi cuba menghampiri suspek namun mereka bertindak melarikan diri di dalam kawasan semak dengan meninggalkan motosikal serta guni terbabit.

"Pemeriksaan mendapati guni terbabit berisi 37kg daun ketum bernilai RM1,110," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kesemua rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Padang Besar untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!