Bot terbakar, nelayan terselamat

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran bot nelayan di perairan Pulau Pangkor. Foto: JBPM Perak.
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran bot nelayan di perairan Pulau Pangkor. Foto: JBPM Perak.
A
A
A

LUMUT - Seorang tekong dan 20 awak-awak selamat dalam kejadian kebakaran bot pukat ikan bilis di perairan Pangkor Laut, Pulau Pangkor di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak memaklumkan laporan kebakaran yang diterima pada jam 7.09 pagi itu melibatkan bot nelayan tersebut.

Katanya, kesemua mangsa diselamatkan oleh bot nelayan lain yang berada berhampiran lokasi kejadian.

"Komander operasi mengarahkan anggota memakai kelengkapan perlindungan diri lengkap termasuk jaket keselamatan sebelum melakukan kerja-kerja pemadaman.

"Operasi selama tiga jam turut melibatkan pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakan aliran air sejauh 30 meter secara 'direct offensive'," katanya.

Menurutnya, kebakaran telah memusnahkan 80 peratus bot dan operasi tamat pada jam 10.15 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!