Jersi kelab Pescara, hasil ciptaan budak enam tahun

Lukisan ikan lumba-lumba yang mencuri hati para juri akan dipakai pada oleh kelab Series B Itali pada musim depan. - Foto kelab Pescara
Lukisan ikan lumba-lumba yang mencuri hati para juri akan dipakai pada oleh kelab Series B Itali pada musim depan. - Foto kelab Pescara
A
A
A

SEORANG kanak-kanak berusia 6 tahun gembira terhadap reka bentuk jersi bola sepaknya selepas terpilih dan diiktiraf kelab bola sepak terkenal Itali, Pescara.

Menerusi Independent, Luigi D'Agostino mengalahkan kanak-kanak lain dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh kelab untuk mencungkil bakat anak muda semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Lukisan ikan lumba-lumba yang mencuri hati para juri akan dipakai oleh kelab Series B Itali pada musim depan.

Maskot kelab itu adalah ikan lumba-lumba dan kelab berkenaan beraksi di bandar Adriatic yang popular dengan resort dikelilingi pantai.

Difahamkan, pembekal kit sukan Itali, Erreà mula mencetak jersi itu untuk musim 2020/21 dan syarikat itu akan mengundang Luigi ke ibu pejabat Parma untuk melihat bagaimana proses percetakan jersi dihasilkan.

Sebelum ini, kelab berkenaan menayangkan jersi rekaan Luigi di laman web mereka sebelum tular dan menarik perhatian peminatnya.

Kelab The Pescara dengan nama penuhnya Pescara Calcio 1936, beraksi liga utama Itali, Serie A, buat tujuh musim dalam sejarah kelab itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!