Harap kerajaan beri kelonggaran kepada beberapa sektor beroperasi
KOTA BHARU - Kerajaan dicadang memberikan kelonggaran kepada beberapa sektor untuk menjalankan operasi sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, inisitiaf berkenaan dilihat boleh membantu mengukuhkan ekonomi di pelbagai peringkat.
"Mungkin ia boleh disambung dengan beberapa kelonggaran. Ini pandangan peribadi saya sebab kita perlu beri ruang untuk rakyat bekerja supaya ekonomi terus bergerak.
"Sebagai contoh, ada perkara dan urusan di peringkat pentadbiran di pejabat-pejabat tidak dapat dilaksanakan dan ini memberikan kesan kepada kemasukan hasil kepada kerajaan negeri.
"Bukan hanya kelantan, tapi semua seluruh negara. Pendapatan kerajaan juga terjejas," katanya kepada pemberita ketika ditemui sewaktu menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!