LHDNM nafi mesej tular berkaitan Geran Khas Prihatin PKS

LHDNM menafikan kandungan WhatsApp yang tular berkaitan Geran Khas Prihatin.
LHDNM menafikan kandungan WhatsApp yang tular berkaitan Geran Khas Prihatin.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menafikan kandungan WhatsApp yang tular di media sosial berkaitan Geran Khas Prihatin untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

LHDNM dalam satu kenyataan penafian di laman Facebook hari ini menjelaskan bahawa ketetapan dan tatacara permohonan geran tersebut akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan kelak.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan aktiviti 'scammers' yang kian berleluasa,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan kandungan WhatsApp tersebut, individu terbabit mendakwa dia baharu dimaklumkan oleh seorang sahabat di LHDNM mengenai geran berkenaan berjumlah RM3,000 di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Menurut individu itu, permohonan masih dibuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada PKS yang masih belum mendaftar.

Katanya lagi, pendaftaran hanya boleh dibuat secara manual dengan membawa salinan kad pengenalan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke LHDNM.

Pada 6 April lalu, kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion khusus untuk membantu syarikat PKS mikro menangani impak kewangan akibat Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui inisiatif itu, kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri berkata demikian sewaktu membentangkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin Tambahan) dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!