Kaunter JPJ dibuka bermula Rabu depan
KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka kaunter untuk urusniaga kenderaan perdagangan termasuk lesen memandu dan lesen vokasional sahaja.
Kaunter bagi urus niaga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan bermula 29 April ini.
Menerusi satu kenyataan, JPJ berkata, ia melibatkan perkhidmatan urus niaga bagi kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan barangan dan kenderaan pelancongan.
Operasi kaunter dibuka pada hari bekerja bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari sahaja.
Bagaimanapun, hanya beberapa pejabat akan beroperasi dalam satu-satu negeri.
“Perkhidmatan di kaunter pula hanya melibatkan urus niaga membabitkan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) kenderaan perdagangan.
“Kaunter juga dibuka untuk urusan lesen memandu Malaysia, lesen Vokasional (GDL, PSVD) dan penyelesaian senarai hitam serta pembayaran saman,” katanya.
JPJ berkata, bagi urus niaga di kaunter melibatkan perkhidmatan lain, arahan pembukaan hanya akan dikeluarkan mengikut perkembangan semasa berhubung isu wabak koronavirus (Covid-19) yang mana ia meliputi keputusan kerajaan kelak.
Demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan pematuhan terhadap PKP yang diarahkan orang ramai yang datang berurusan di JPJ, semua pihak dinasihatkan untuk mengikuti garis panduan pencegahan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Senarai pembukaan cawangan bagi urus niaga pembaharuan (LKM) kenderaan perdagangan:
Senarai pembukaan cawangan bagi urus niaga pembaharuan (LKM) kenderaan perdagangan:
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
1. JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju
2. JPJ cawangan Bandar Seri Permaisuri
3. JPJ cawangan Manjalara
NEGERI SEMBILAN
1. JPJ Negeri Sembilan, Seremban
2. JPJ cawangan Kuala Pilah
3. JPJ cawangan Jempol
JOHOR
1. JPJ Johor
2. JPJ Muar
3. JPJ Segamat
4. JPJ Batu Pahat
5. JPJ Kluang
6. JPJ Pontian
7. JPJ Mersing
SABAH
1. JPJ Sabah, Kota Kinabalu
2. JPJ cawangan Sandakan
3. JPJ cawangan Tawau
4. JPJ cawangan Lahad Datu
5. JPJ cawangan Keningau
6. JPJ cawangan Beaufort
7. JPJ cawangan Kota Marudu
PERLIS
JPJ Negeri Perlis
- Pulau Pinang
1. JPJ Seberang Jaya
2. JPJ Batu uban
PERAK
1. JPJ Ipoh
2. JPJ cawangan Taiping
3. JPJ cawangan Manjung
4. JPJ Teluk Intan
MELAKA
JPJ Bukit Katil
SELANGOR
1. JPJ Shah Alam
2. JPJ cawangan Petaling Jaya
3. JPJ cawangan Bangi
4. JPJ cawangan Banting
5. JPJ cawangan Kuala Kubu Baharu
6. JPJ cawangan Sabak Bernam
KEDAH
1. JPJ Negeri Kedah
2. JPJ cawangan Sungai Petani
3. JPJ cawangan Langkawi
SARAWAK
1. JPJ Kuching
2. JPJ cawangan Sri Aman
3. JPJ cawangan Sarikei
4. JPJ cawangan Bintulu
5. JPJ cawangan Sibu
6. JPJ cawangan Miri
PAHANG
1. JPJ Pahang
2. JPJ cawangan Temerloh
3. JPJ cawangan Raub
KELANTAN
JPJ Kelantan
TERENGGANU
JPJ Terengganu
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Labuan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!