Koala cedera akibat kebakaran hutan Australia, dilepaskan
PORT MACQUARIE - Beberapa ekor beruang koala yang cedera dalam kebakaran hutan di Australia pada tahun 2019 dilepaskan semula ke habitat asal.
Haiwan itu dirawat di hospital koala di dunia yang terletak di bandar Port Macquarie, New South Wales.
Menurut CNN, salah seekor daripada beruang koala yang paling terkenal adalah Anwen, iaitu beruang koala betina yang gambarnya tular setelah tubuhnya terbakar 90 peratus dalam kebakaran tersebut.
Anwen merupakan pesakit ketiga yang dimasukkan ke Hospital Port Macquarie Koala pada bulan Oktober 2019.
Anwen dan beberapa ekor beruang koala lain kini ditempatkan di Cagar Alam Danau Innes di New South Wales yang berada di pantai Tasman Sea di negara itu sekitar 235 kilometer (146 batu) utara Newcastle.
Anwen adalah salah seekor daripada 26 ekor beruang koala yang telah dikembalikan ke habitatnya.
Petugas hospital dengan teliti mempertimbangkan gabungan usia serta jantina beruang koala agar haiwan itu akan membiak dan membesarkan populasi mereka setelah dilepaskan.
Pelancong tidak berkunjung ke Australia buat masa ini kerana penularan wabak koronavirus (Covid-19), tetapi masih ada cara untuk menyokong beruang koala daripada rumah iaitu program adopsi koala dalam talian.
Tourism Australia juga telah menubuhkan portal dalam talian yang dilengkapi dengan lawatan virtual buat orang ramai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!