Lelaki miliki 17 rekod jenayah tak serik 'main' dadah

Anbalagan bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dari suspek.
Anbalagan bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dari suspek.
A
A
A

BALIK PULAU - Tidak serik melakukan jenayah, seorang penjual tiket bas yang mempunyai 17 rekod lampau sekali lagi ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Nibong, Bayan Baru, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, suspek berusia 39 tahun ditahan bersama seorang lagi lelaki lain yang merupakan penganggur berusia 26 tahun yang turut mempunyai lima rekod jenayah lampau, jam 12.05 tengah malam.

Menurutnya, penahanan tersebut turut melibatkan rampasan heroin seberat 542 gram dan kedua-dua suspek juga turut didapati positif morfin.

"Susulan penahanan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun di sekitar kawasan tersebut yang dipercayai mempunyai hubungan dengan dua lelaki terbabit.

"Suspek mempunyai tiga rekod jenayah melibatkan kesalahan dadah dan direman sehingga 26 April, manakala dua suspek lagi direman sehingga 24 April," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini hari ini.

Anbalagan berkata, nilai keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM5,100 untuk pasaran Bayan Baru dan Bayan Lepas.

Dalam kes berlainan katanya, seorang pengawal keselamatan berumur 20 tahun ditahan selepas polis menjumpai satu peket plastik mengandungi heroin pada motosikal miliknya di Sungai Ara, Bayan Lepas, jam 4 petang 19 April lalu.

Pihaknya turut merampas sebuah motosikal Yamaha LC 135 dan dadah seberat 465 gram bernilai RM5,000 dipercayai untuk pasaran sekitar Bayan Baru dan Bayan Lepas.

Artikel Berkaitan:

Katanya, suspek direman sehingga 26 April ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan (11) 1 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

"Suspek tiada rekod jenayah dan ujian saringan air kencingnya juga negatif," katanya.

Sementara itu katanya, dari Januari hingga April tahun ini, pihaknya menahan 435 individu dan membuka 314 kertas siasatan dengan 17 kes dituduh mengikut Seksyen 39ac Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!