E-Idaman bagi buah tangan
ALOR SETAR - Kumpulan Syarikat E-Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) mengambil inisiatif berkongsi rezeki melalui pemberian sumbangan Ramadan kepada 40 keluarga terpilih di sekitar daerah Kulim hari ini.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Erni Nerina Awang Salleh berkata, buah tangan berbentuk barangan keperluan asas itu disampaikan kepada penerima untuk persediaan menyambut Ramadan, selain mengurangkan beban mereka khususnya yang terkesan dengan pandemik koronavirus (Covid-19) sama ada dari segi kesihatan ataupum ekonomi.
"Sebagai syarikat prihatin, kami menyediakan buah tangan ini bagi berkongsi rezeki dan juga berkongsi kegembiraan kepada penerima terpilih untuk menyambut Ramadan.
"Selain sumbangan pek habuan Ramadan, pihak E-Idaman akan sentiasa memastikan kebersihan di Kedah dan Perlis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, usaha menjaga kebersihan dengan baik penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk setempat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!