Aliff Daniel isytihar taubat hari ini

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang pada Rabu memerintahkan Aliff Daniel (kiri) menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di Hulu Yam. Foto Bernama
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang pada Rabu memerintahkan Aliff Daniel (kiri) menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di Hulu Yam. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dijadual mengadakan Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) membabitkan Aliff Daniel Adli pada Khamis, susulan tindakannya menyertai ritual keagamaan bertentangan dengan hukum syarak.

Majlis berkenaan akan berlangsung di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Menerusi hebahan di Facebook rasmi JAIS, orang ramai turut dijemput mengikuti majlis itu secara dalam talian menerusi siaran langsung di laman Facebook JAIS.

Terdahulu, Aliff Daniel, 21, diperintahkan menjalani pemulihan akidah selama tiga bulan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan pemujaan salah di sebuah kuil di Batu Caves, pada 24 Januari 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Daniel isytihar taubat hari ini

Aliff Daniel, ibu dan adik perempuan isytihar taubat

 Lakukan ritual agama lain: Ibu Aliff Daniel sebak ketika lafaz taubat, akui gagal bimbing anak

Aliff Daniel isytihar taubat, akui berpuasa seminggu sebelum ritual Thaipusam

Aliff Daniel diperintah jalani pemulihan akidah tiga bulan, bertaubat

Artikel Berkaitan:

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Rabu mengikut Seksyen 54(1) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sebagai alternatif kepada hukuman denda atau penjara.

Mahkamah turut menasihati tertuduh supaya bertaubat nasuha dan kembali ke jalan benar kerana perbuatan itu merupakan kesalahan berat yang merosakkan tauhid.

Mahkamah menetapkan 25 Februari tahun depan sebagai sebutan semula kes untuk pihak pendakwaan memaklumkan laporan pemulihan akidah.

Sebelum ini, Aliff Daniel menjadi perhatian selepas beberapa gambar dan video tular didakwa memaparkan dirinya menyertai ritual keagamaan bukan Islam.

Susulan itu, JAIS menjalankan siasatan dan menahan Aliff Daniel bersama ibunya di Kuala Lumpur pada 13 Oktober lalu menerusi waran tangkap bersaling yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dengan bantuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!