Lipas di tempat pemotong sayur pasar raya
BANTING - Kotor dan menjijikkan. itulah kata-kata yang dapat digambarkan apabila beberapa ekor lipas ditemui di tempat pemotong sayur ketika pemeriksaan mengejut oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di sebuah sebuah pasar raya, di sini hari ini.
Yang Dipertua MPKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit bukan sahaja kotor, malah turut melanggar beberapa peraturan.
Sehubungan itu katanya, MPKL mengeluarkan tiga notis kesalahan terhadap pengusaha pasar raya berkenaan.
“Pemilik premis tersebut didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 dan 34(2) Undang-undang Kecil Establisymen Makanan (MDKL) 2007 serta Seksyen 18 Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007,” katanya.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan semua peniaga di daerah ini sentiasa menjaga kebersihan di premis masing-masing dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang ingkar serta ingkar terhadap peraturan sedia ada.
“Kepada peniaga yang telah dikenakan tindakan adalah diharapkan tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!