Ali, Ah Chong dan Muthu disebut Menteri Agama
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi ciapannya di Twitter mengajak orang ramai supaya mengamalkan bersedekah dan berkongsi kegembiraan dengan sesiapa sahaja di bulan Ramadan ini.
Ajakan tersebut diperjelaskan lagi dengan contoh yang diberikan beliau.
“Encik Ali boleh tempah Nasi Arab, sedekahkan kepada Ah Chong. Auntie Tan boleh tempah KFC, sedekahkan kepada Puan Wani.
“En Nordin boleh tempah Nasi Kerabu, sedekahkan kepada Uncle Muthu,” tulisnya.
Dalam bebenang menerusi ciapan yang sama, beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membazir dan menasihatkan mereka supaya makan serta minum dengan seadanya.
“Ingatan saya kepada rakyat Malaysia untuk tidak membazir. Makan dan minumlah seadanya,” jelasnya.
Buat para pembaca, di bulan yang mulia ini, hidupkanlah amalan sedekah dan berkongsilah apa yang kita ada dengan orang lain.
Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang lebih baik untuk kita semua, Insya-ALLAH.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!