Tiga maut disambar petir

Tiga individu maut dipercayai akibat disambar petir pada Isnin.
Tiga individu maut dipercayai akibat disambar petir pada Isnin.
A
A
A

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Tiga individu maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Isnin.

Insiden itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi.

“Betul ada berlaku kejadian itu petang tadi, pihak kami akan kongsikan butiran lanjut kemudian,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman klip video memaparkan tiga jasad yang sudah berutup dengan kain batik terbaring di bawah sebatang pokok.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut disambar petir: Mangsa berteduh bawah pokok selepas baiki kenderaan - Polis

Kejadian dipercayai berlaku selepas ketiga-tiga mangsa selesai membaiki sebuah kenderaan sebelum berteduh di bawah pokok.
Kejadian dipercayai berlaku selepas ketiga-tiga mangsa selesai membaiki sebuah kenderaan sebelum berteduh di bawah pokok.

 


 

Artikel Berkaitan:

Mangsa berteduh bawah pokok selepas baiki kenderaan - Polis

SEPANG – Tiga lelaki tempatan maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas ketiga-tiga mangsa selesai membaiki sebuah kenderaan sebelum berteduh di bawah pokok.

 Kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan tiga jasad ditutupi kain batik dan terbaring di bawah sebatang pokok.
Kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan tiga jasad ditutupi kain batik dan terbaring di bawah sebatang pokok.

"Ketiga-tiga mangsa masing-masing berusia 26, 18 dan 16 tahun. Mayat dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang untuk tindakan lanjut," katanya.

Norhizam berkata, maklumat lanjut berkaitan insiden itu akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan tiga jasad ditutupi kain batik dan terbaring di bawah sebatang pokok.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!