Warga emas ditemui maut dalam loji tadahan hujan

No Image Caption
A
A
A

KUALA KUMPUR - Seorang wanita warga emas ditemukan lemas di loji tadahan hujan, Projek Perumahan Rakyat Sungai Bonus, Jalan Air Panas, Setapak, di sini, malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Setapak Mohd Fairus Mohd Shah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.30 malam dan segera ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah jentera bersama 10 anggota.

Beliau berkata setibanya di lokasi terdapat mayat seorang wanita terapung di tengah kawasan tadahan air loji berkenaan.

“Seterusnya mengarahkan bantuan Pasukan Penyelamat di Air seramai sembilan anggota bersama empat unit kayak dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah untuk mengambil mayat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!