Zizou perlu bawa masuk Pogba musim panas ini

Pogba - Foto Getty Images
Pogba - Foto Getty Images
A
A
A

BEKAS bintang Perancis, Christophe Dugarry berharap pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dapat membawa masuk pemain sensasi Paul Pogba menyertai skuad berkenaan menjelang saingan musim panas ini.

Dugarry berkata, Zidane juga tidak seharusnya mempunyai alasan untuk menangguhkan usaha berkenaan hingga ke musim hadapan.

Menurut Dugarry kehadiran Pogba dilihat bakal membantu menyuntik semangat baharu dalam kesebelasan skuad Los Blancos itu.

“Kita semua lihat bahagian tengah (Real Madrid) sudah sedikit ‘berusia,’ selain dilihat sukar untuk melepasi benteng mahu pun membuat hantaran.

“Oleh itu kemasukan Pogba dilihat mampu memberikan impak dan oleh itu tidak ada sebab untuk menunggu lagi. Zidane perlu cuba membawa masuk Pogba ke Madrid musim panas ini,” katanya.

Untuk rekod, Pogba melalui musim yang ‘mengecewakan’ di Manchester United khususnya bagi musim 2019-2020 apabila lebih banyak ‘memanaskan’ bangku simpanan akibat mengalami kecederaan dan hanya sempat beraksi dalam lapan perlawanan.

Difahamkan, spekulasi mengenai masa depan Pogba di Old Trafford sudah mula diperkatakan sejak 11 bulan lalu dengan Real Madrid dikatakan berminat mendapatkan khidmatnya.

Malah, pemain berusia 27 tahun itu telah pun menyuarakan hasrat untuk meninggalkan United sejak Jun tahun lalu, namun pengendali United Ole Gunnar Solskjaer berjaya menyakinkannya untuk kekal di Old Trafford.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Dugarry menggesa agar Zidane dapat membuat keputusan berhubung perkara berkenaan dengan segera.

Bagaimapaun katanya, Zidane juga perlu melihat kedudukan kewangan pasukan terutamanya pada ketika pandemik Covid-19, ketika ini.

“Ia telah menjadi tahun yang sukar buatnya (Pogba), dengan masalah kecederaan yang membelenggunya.

“Lagi pun, prestasi pasukan (United) tidak begitu baik. Namun, terserah kepada Zizou (Zidane), jika dia sukakan Pogba, tiada sebab untuknya menunggu setahun lagi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!