70 penghuni pondok Al Barakah jalani saringan Covid-19: Ustaz Kazim

Seorang penghuni pondok menjalani saringan Covid-19 di Pusat Pendidikan Al Barakah, semalam. - Gambar: Facebook Datuk Mohammad Kazim Elias
Seorang penghuni pondok menjalani saringan Covid-19 di Pusat Pendidikan Al Barakah, semalam. - Gambar: Facebook Datuk Mohammad Kazim Elias
A
A
A

IPOH - Seramai hampir 70 penghuni pondok Pusat Pendidikan Al-Barakah di Kampung Manjoi menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19), semalam.

Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barakah, Datuk Mohammad Kazim Elias berkata, ujian saringan itu diwajibkan kepada semua penghuni sebagai langkah berjaga-jaga terhadap pengesanan awal wabak jangkitan.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri sebelum ini ada menghubungi pusat pendidikan berkenaan untuk memastikan tiada sebarang kontak rapat dengan mana-mana kluster Covid-19.

"Alhamdulillah, daripada pemeriksaan kita, tiada kemungkinan itu berlaku.

"Namun kita tetap ambil inisiatif menjalankan ujian ini untuk memastikan penghuni di sini benar-benar bebas daripada penularan wabak tersebut," katanya.

Hampir 70 penghuni pondok Pusat Pendidikan Al Barakah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19. - Gambar: Facebook Datuk Mohammad Kazim Elias
Hampir 70 penghuni pondok Pusat Pendidikan Al Barakah diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19. - Gambar: Facebook Datuk Mohammad Kazim Elias

Ujian saringan itu membabitkan mereka yang berusia lingkungan 40 hingga 80-an bermula 9 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi dikendalikan oelh petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kinta.

Mohammad Kazim berkata, pihaknya memahami kebimbangan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini berikutan masih ada pertambahan kes terutama membabitkan kluster pelajar tahfiz.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bagaimanapun sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, semua 100 pelajar di Pusat Tahfiz telah pulang ke kediaman masing-masing.

"Kita ucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan KKM yang prihatin terhadap keselamatan penghuni di sini dan alhamdulillah semua warga Al-Barakah bebas jangkitan wabak Covid-19," katanya.

Petugas kesihatan KKM mengendalikan ujian saringan Covid-19 di Pusat Pendidikan Al Barakah. - Gambar: Facebook Datuk Mohammad Kazim Elias
Petugas kesihatan KKM mengendalikan ujian saringan Covid-19 di Pusat Pendidikan Al Barakah. - Gambar: Facebook Datuk Mohammad Kazim Elias

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!