25 setiausaha politik menteri angkat sumpah

Datuk Mohd Nardin Awang mengangkat sumpah pada majlis mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik dan mengangkat sumpah simpan rahsia di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. -Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 25 setiausaha politik kepada menteri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis ringkas yang diadakan di Putrajaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Muhyiddin menerusi catatan dalam laman Twitter dan Facebooknya berkata, upacara mengangkat sumpah jawatan diketuai oleh setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Nardin Awang.

Perdana Menteri turut memuat naik beberapa keping gambar berkaitan majlis berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!