[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Ab Rauf raih majoriti 7,780 undi di Tanjung Bidara

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ab Rauf (kanan) memperoleh majoriti 7,780 undi di DUN Tanjung Bidara.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ab Rauf (kanan) memperoleh majoriti 7,780 undi di DUN Tanjung Bidara.
A
A
A

MELAKA - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat jam 8 malam menunjukkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memperoleh majoriti 7,780 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka memperoleh 8,704 undi, manakala pencabarnya, Mohd Yunazri Mustamiri daripada Pakatan Harapan (PH) mendapat 924 undi.

Pada PRN Melaka 2021, Ab Rauf memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti tipis 364 undi.

Bagaimanapun, keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam menunjukkan majoriti diperolehnya meningkat kepada 7,780 undi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!