Covid-19: Kes baharu, kematian meningkat di Indonesia

ndonesia mencatatkan 42 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di negara itu meningkat kepada 689 kes.
ndonesia mencatatkan 42 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di negara itu meningkat kepada 689 kes.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan 42 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di negara itu meningkat kepada 689 kes.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, jumlah kes positif meningkat kepada 8,211 kes, iaitu tambahan 436 kes baharu.

"Bagi tempoh jam 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 42 lagi pesakit sembuh, menjadikan jumlah yang sembuh sehingga kini berjumlah 1,002 orang," katanya.

Menurut Achmad Yurianto, 18,301 pesakit masih berada dalam pengawasan (patients under surveillance for Covid-19). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!