Megat D Shahriman lepaskan jawatan Presiden Masca

Megat D Shahriman
Megat D Shahriman
A
A
A

Presiden Persatuan Kanu Malaysia (Masca), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin mengumumkan peletakan jawatannya selaku presiden persatuan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya, antara faktor peletakan jawatan itu adalah kerana beliau dan barisan Exco Masca tidak sependapat sehingga gagal mencapai kata sepakat dalam pelbagai perkara.

"Saya akur dengan tindakan kumpulan itu walaupun kecewa kerana gagal menyelesaikan apa yang dimulakan bersama oleh kami. Selain itu, komitmen tinggi yang perlu diberikan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) setelah terpilih sebagai presiden bagi penggal 2019/23, saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya meletakkan jawatan.

"Terima kasih untuk segala-galanya dan menjadi satu penghormatan dapat berkhidmat kepada Masca. Saya mendoakan agar barisan kepimpinan baharu yang akan mengambil alih Masca dapat meningkatkan prestasi sukan kanu dan menarik lebih ramai golongan muda di luar sana untuk bergiat aktif dalam sukan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Megat D Shahriman berkata, sepanjang mengetuai Masca, beliau sedaya upaya telah cuba mengangkat imej sukan kanu, meningkatkan nilai komersial sukan tersebut dan memperbaiki struktur pengurusan persatuan berkenaan hanya dalam tempoh setahun.

"Bahkan ratusan ribu ringgit telah dilaburkan bagi menghidupkan semula sukan kanu dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan bertaraf kebangsaan seperti Kejohanan Sirkit Kebangsaan di Tasik Putrajaya pada April 2019 dan Sesi Akhir Pemilihan Pasukan Kebangsaan di Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang, Julai tahun lalu.

"Ini adalah antara inisiatif saya bersama Exco Masca bagi memastikan sukan kanu mendapat pengiktirafan untuk diperakui sebagai sukan teras setelah sekian lama ia banyak bergerak sendirian dan hanya menjadi pelengkap kalendar sukan negara tanpa pencapaian memberangsangkan sejak ditubuhkan pada 1983," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!