Muhyidin dijangka berucap dalam program PBB malam ini
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dijangka berucap pada satu inisiatif kerjasama global dalam mempercepatkan pelaksanaan, pengeluaran dan akses sama rata kepada vaksin dan rawatan Covid-19.
Inisiatif berkenaan akan dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di sini malam ini.
Iniaitif tersebut dihoskan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), oleh Dr Tedros Adhanom dan Presiden Kesatuan Eropah.
Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin negara lain yang dijemput ialah Presiden Perancis, Presiden Afrika Selatan, Canselor Jerman, Presiden Costa Rica, Presiden Rwanda, Perdana Menteri Norway, Perdana Menteri Sepanyol, Pemerintah Arab Saudi, Perdana Menteri Itali, Yayasan Bill dan Melinda, Vaccine Alliance dan Bank Dunia.
Siaran langsung pelancaran inisiatif ini akan dikongsi di laman sesawang PBB dan WHO pada jam 9 malam ini (waktu Malaysia).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!