'Asal malam ada budak jatuh motor'
JERAM - "Asal malam saja mesti dengar ada budak jatuh motosikal bila lalu jalan tu," demikian kata penduduk, Norain Kemi, 33, berhubung isu jalan mendap yang masih belum diturap sempurna di Jalan Merbau, Kampung Bukit Hijau.
Dakwanya, jalan yang hanya diletakkan batu kaseran itu semakin hari semakin teruk dengan lubang dalam dan berdebu akibat dilalui kenderaan muatan berat.
"Jalan sini kalau malam memang gelap sebab lampu jalan ada dekat simpang saja... Kalau tunggang laju motosikal, mesti tercampak sebab jalan sini berlubang dan tak rata.
"Mungkin lori besar yang bawa muatan penuh ni tak ada jalan lain nak lalu tapi kena buat jalan ni elok dengan turap lebih kukuh... Ni tidak, tak sampai sebulan dah rosak balik jalan utama ni," katanya.
Seorang peniaga kedai makan, Latiffah Paiman, 55, berkata, dia turut tertekan apabila pelanggan semakin kurang untuk datang ke kedainya setiap petang.
"Kalau dulu, memang ramai yang lepak petang-petang minum cendol tapi lepas jalan masih rosak dan berhabuk, dah kurang orang datang sebab tak tahan habuk lagi teruk dari asap rokok.
"Sampai bila jalan nak macam ni...negara pun dah merdeka tapi jalan masih macam belum merdeka lagi," katanya yang sudah berniaga lebih 10 tahun.
#jeram #kualaselangor Penduduk tertekan isu jalan mendap dan berlubang teruk di Jalan Merbau, Kampung Bukit Hijau, di sini masih belum dibaiki pihak berwajib. Laporan MOJO Sinar Harian Kuala Selangor, Arziana Mohmad Azaman
Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Wednesday, January 16, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Air Selangor kongsi keceriaan bersama kanak-kanak, warga emas sempena Krismas
14 pemilik rumah teres terima pampasan RM6 juta
Tempoh pembaharuan lesen 2025 MBDK dilanjut sehingga 31 Januari depan
Perjalanan inspirasi Veveonah, dari sains marin ke bidang perubatan
Petrosains promosi pendidikan STEM, meriahkan cuti sekolah akhir tahun
14 pemilik rumah teres terima pampasan RM6 juta
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Setiausaha Kabinet Indonesia dikritik timbulkan kekeliruan
Tayar lori tercabut punca tujuh maut di Lebuhraya PLUS