Saingan Liga M masih ditangguhkan: Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. 
- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. 
- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan masih tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan termasuk perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) yang tertangguh sejak Februari lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan sebelum ini.

Menurutnya, perlawanan bola sepak tidak boleh beraksi secara individu dan memerlukan aksi berpasukan antara kedua-dua pasukan.

“Jadi kalau ada dua pasukan di atas padang, maka di situ sudah ada 22 pemain dan bola sepak tidak seperti permainan badminton yang ada aksi individu serta tiada ‘direct contact’ dengan pemain lawan.

“Bagimanapun aksi bola sepak sudah pastinya akan ada kontak secara fizikal antara satu sama lain. Jadi berdasarkan SOP yang ada, kita tidak boleh membenarkan perlawanan bola diadakan,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, walaupun selepas PKP ditamatkan sekalipun, saingan Liga M juga belum boleh disambung semula kerana rakyat masih tidak boleh bergerak bebas seperti sebelumnya.

Katanya, kerajaan akan memperkenalkan SOP-SOP lain yang perlu dipatuhi di mana larangan perhimpunan beramai-ramai adalah salah satu perkara yang akan terus kekalkan walaupun PKP ditamatkan.

“Jadi apa sahaja yang melibatkan perhimpunan secara berkumpulan kita masih tidak benarkan walaupun selepas PKPM ditamatkan.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun tempoh berapa lama SOP itu terus kekal akan kita umumkan kerana ketika ini Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menyediakan SOP selepas PPK ditamatkan,” katanya.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar permohonan rasmi kepada MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan menggunakan SOP yang akan dipatuhi bagi membolehkan saingan Liga Liga-M 2020 kembali disambung.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, permohonan itu dikemukakan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas Presiden FAM yang juga Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengadakan mesyuarat khas dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Putrajaya semalam.

"FAM dan MFL sudah tentu mengutamakan aspek kesihatan negara mendahului bola sepak, namun sebagai badan induk bola sepak di Malaysia, kami perlu berusaha untuk mencari jalan supaya bola sepak dapat diteruskan dan sebab itulah kami mahu mendapatkan nasihat pakar,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!