Najib doakan Ebit Lew dapat teruskan aktiviti amal

Paparan Facebook Ustaz Ebit Lew tular di laman sosial.
Paparan Facebook Ustaz Ebit Lew tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Facebook miliknya meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Ebit Lew dikatakan tidak dapat meneruskan aktiviti amal membantu golongan yang memerlukan selepas menerima laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Perkongsian keratan berita itu semalam menerima sehingga 92,000 tanda suka dan 2,700 perkongsian semula serta 4,700 komen.

“Semoga semua urusan dipermudahkan. Mulia perjuangan dan hati ustaz membantu mereka yang memerlukan.

“Moga suatu hari nanti ustaz dapat meneruskan aktiviti amal ini. ALLAH SWT sahaja yang mampu membalasnya,” tulis Najib.

Ramai netizen menyokong dan mendoakan pendakwah bebas itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit Lew mahu 'berehat'

“Ustaz Ebit banyak berjasa, kerana itu juga terlalu ramai yang dengki dan khianat padanya. Semoga ALLAH permudahkan lagi segala urusan Ustaz Ebit Lew,” komen Che Puan Khairatul Ray Sha.

Artikel Berkaitan:

“Sedih sangat dan pihak sana dengan bangga cakap pihaknya (telah) menang. Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan Ebit Lew,” kata Cik Bunga.

Ustaz Ebit Lew sebelum ini berkata, beliau dipanggil ke Bukit Aman selepas menerima laporan berhubung bantuan yang dilakukan tular di media sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!