Kemasukan warga asing di Korea Selatan turun 61 peratus

Ladang Canola seperti di Busan antara yang sering menjadi tumpuan ketika musim bunga. - Gambar hiasan
Ladang Canola seperti di Busan antara yang sering menjadi tumpuan ketika musim bunga. - Gambar hiasan
A
A
A

SEOUL - Jumlah kemasukan warga asing di Korea Selatan untuk tempoh jangka pendek merosot lebih 60 peratus sejak kemasukan tanpa visa digantung awal bulan ini, kata pihak berkuasa hari ini.

Berkuat kuasa 13 April, kerajaan menggantung program pengecualian visa untuk 90 negara, sebagai usaha berterusan menyekat penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Yonhap.

Purata harian seramai 105 warga asing masuk ke Korea Selatan untuk tempoh jangka pendek dari 13-23 April, turun 61 peratus berbanding 266 yang dicatatkan pada 1-12 April, menurut ibu pejabat pusat bencana dan pencegahan.

Jumlah kemasukan rakyat Korea Selatan juga menurun 27 peratus kepada purata 2,664 sehari.

Kedatangan pelancong di Pulau Udo berhampiran Pulau Jeju tahun lalu. - Gambar hiasan
Kedatangan pelancong di Pulau Udo berhampiran Pulau Jeju tahun lalu. - Gambar hiasan

"Kami melaksanakan langkah-langkah kuarantin menyeluruh untuk semua orang yang masuk.

"Mereka tanpa gejala perlu menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu dan dipantau dengan sistem pengawasan 24 jam," kata pegawai pasukan petugas Yoon Tae-ho kepada wartawan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Korea Selatan gantung sementara pengecualian visa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!