Serangan udara di Syria ragut 11 nyawa
DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya 11 orang awam kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara diketuai Amerika Syarikat (AS) di timur Dayr Al-Zawr, semalam.
Sumber tempatan berkata, serangan menyasarkan beberapa lokasi kononnya tempat persembunyian daesh di perkampungan Al-Shafa sambil menambah tiga wanita dan lima kanak-kanak maut dalam kejadian itu.
Agensi berita Sanaa memaklumkan angka kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa cedera berada dalam keadaan kritikal. - Press TV
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!