Kereta mewah tiba-tiba terbakar
SHAH ALAM - Seorang pemandu kereta mewah sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan dipandu tiba-tiba terbakar di Kilometer 23 Lebuhraya Kesas menghala ke Bandar Putra, di sini, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 11.05 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas bergegas ke lokasi.
“Kebakaran libatkan sebuah kereta jenis Porche Cayenne. Api merebak dari bahagian enjin ke bahagian tempat duduk depan hingga ke belakang.
“Anggota bomba menggunakan satu aliran hos reel air tangki bomba dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,”katanya.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
“Mangsa sempat lari keluar dari kereta menyelamatkan diri selepas sedar berlaku kebakaran itu,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!