Kumpulan Jcorp sumbang RM4.54 juta

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad
Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor Corporation (JCorp) dan syarikat kumpulannya menyalurkan sumbangan lebih RM4.54 juta dalam bentuk peralatan, kemudahan kesihatan dan bekalan keperluan asas bagi membantu kerajaan menghadapi penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, antaranya bantuan RM3 juta bagi membiayai pembelian 20 unit mesin bantuan pernafasan (RVM) untuk keperluan pesakit di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan Covid-19 di hospital seluruh negeri.

Beliau yang juga Pengerusi JCorp berkata, sumbangan tersebut diuruskan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyerahkan 42 unit RVM kepada pihak hospital berkenaan baru-baru ini.

"Ini sumbangan JCorp bersama-sama Kulim (M) Berhad (Kulim), KPJ Healthcare Berhad (KPJ), QSR Brands (M) Holdings Berhad (QSR Brands), Johor Land Berhad (JLand), Damansara Assets Sdn Bhd (DASB), Damansara REIT Managers Sdn Bhd dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp).

"Selain sumbangan RVM, bantuan berjumlah RM727,849 dalam bentuk barangan dan makanan juga diberikan pihak Kulim, JLand, KPJ, QSR Brands, DASB dan KARA Holdings (KARA)," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!