Khatam al-Quran setiap malam bersama keluarga

Walaupun berjauhan diantara satu sama lain para pelajar Maahad Tahfiz Darul Riyadh bersama melalui aktiviti khatam al-Quran di rumah masing-masing.
Walaupun berjauhan diantara satu sama lain para pelajar Maahad Tahfiz Darul Riyadh bersama melalui aktiviti khatam al-Quran di rumah masing-masing.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Maahad Tahfiz Darul Riyadh menggalakkan seramai 80 pelajarnya khatam al-Quran setiap malam bersama keluarga masing-masing sepanjang Ramadan bagi memohon pertolongan ALLAH supaya segera menghapuskan wabak Koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Pengetuanya, Fakhrurrozi Fauzi berkata, kedatangan Ramadan yang terkenal dengan bulan penuh berkat ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mendekatkan diri dengan ALLAH.

"Semua pelajar Maahad Tahfiz Darul Riyadh yang berada di seluruh negara bersama keluarga masing-masing membaca al-Quran mengikut juzuk yang telah diberikan.

"Selain menghidupkan malam-malam Ramadan dengan bacaan al-Quran, kita juga berharap ALLAH segera membebaskan dunia daripada Covid-19," katanya.

Pelajar Maahad Tahfiz Darul Riyadh khatam al-Quran setiap malam bersama keluarga masing-masing sepanjang Ramadan bagi memohon pertolongan dari ALLAH supaya segera menghapuskan wabak Covid-19
Pelajar Maahad Tahfiz Darul Riyadh khatam al-Quran setiap malam bersama keluarga masing-masing sepanjang Ramadan bagi memohon pertolongan dari ALLAH supaya segera menghapuskan wabak Covid-19

Menurutnya, mereka berdoa ALLAH memberikan jalan keluar untuk menyelesaikan masalah Covid-19 ini hasil keberkatan membaca al-Quran pada setiap malam selain meningkatkan ketakwaan mereka.

Fakhrurrozi berkata, kempen khatam al-Quran 30 juzuk digerakkan bermula minggu kedua perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasal pertama.

Katanya, sepanjang PKP pasal pertama dan kedua itu bacaan al-Quran ini dimulakan sejurus selesai solat Maghrib.

Artikel Berkaitan:

Pelajar tahfiz berkongsi gambar mereka bertadarus al-Quran di dalam kumpulan sembang WhatsApp mereka.
Pelajar tahfiz berkongsi gambar mereka bertadarus al-Quran di dalam kumpulan sembang WhatsApp mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!