Kedai jual bunga, pakaian hangus dijilat api

Kejadian berlaku dekat Jalan Raya Kulim, kira-kira 3.50 pagi tadi.
Kejadian berlaku dekat Jalan Raya Kulim, kira-kira 3.50 pagi tadi.
A
A
A

KULIM - Dua premis membabitkan kedai bunga dan pakaian musnah dalam kebakaran di Jalan Raya Kulim, kira-kira 3.50 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bomba menerima panggilan pada jam 3.57 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi pemadaman dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim dan Kulim Hitech dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Lunas.

Katanya, kebakaran membabitkan 75 peratus kawasan premis serta tidak melibatkan mangsa.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Kedai menjual pakaian dan bunga hangus 75 peratus dalam kebakaran di Kulim, Kedah.
Kedai menjual pakaian dan bunga hangus 75 peratus dalam kebakaran di Kulim, Kedah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!