Masak Apa Tak Jadi perkenal 6 peraturan baharu
SHAH ALAM - Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini semalam memperkenalkan enam peraturan baharu kepada pengikutnya.
Antara enam peraturan baharu tersebut ialah waktu yang dibenarkan untuk membuat hantaran, penggunaan gambar dan video asli, kawal pertuturan, larangan periklanan, larangan merosakkan makanan dengan sengaja dan meminta agar semua ahli berfikiran secara terbuka.
“Hai semua, min nak maklumkan informasi terkini berkenaan peraturan asas Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Semoga kalian semua memahami dan mengaplikasikannya dengan tenang,” tulis pentadbir Facebook itu.
Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini tular dan popular sehingga pengikutnya mencecah 1,665,665 selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebutnya menerusi ucapan beliau ketika Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Perintah Kawalan Pergerakan pada baru-baru ini.
Ucapan Muhyiddin, “Makan masakan isteri kita. Kalau masakan tak jadi pun tidak mengapa, boleh hantar dalam Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni,” turut tular di media sosial dan mendapat pujian netizen kerana menganggap ucapan berkenaan 'selamba' dan lucu.
Facebook itu dibuka sejak PKP dikuatkuasakan bagi mendorong orang ramai memasak sendiri di rumah.
Ia juga turut mendapat sambutan baik daripada netizen yang rata-ratanya berkongsi hasil masakan mereka yang tidak menjadi di laman berkenaan.
Bagaimanapun, menurut Mstar, page berkenaan terpalit dengan cerita kurang menyenangkan apabila tular satu salinan laporan polis di media sosial, dibuat seorang wanita yang dipercayai tidak berpuas hati apabila statusnya di dalam grup itu dihina dengan kata-kata kesat.
Hai semua! Min nak maklumkan informasi terkini berkenaan peraturan asas Facebook Group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL. Semoga kalian semua memahami dan mengaplikasikannya dengan tenang.
Posted by Masak Apa Tak Jadi Harini - Official on Saturday, April 25, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
Sanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
Bob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
Staf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
[VIDEO] 'Kami disangka lanun ketika minta bantuan'
'Tolong aku' - Jeritan terakhir anggota polis
Ahmed al-Sharaa wira baharu Syria
'Tinggal Awie sahaja, kawan lain sudah tiada luahan terakhir arwah' - Noraini