Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik
GELARAN Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee di malam kemuncak Dewi Remaja, pada Ahad, telah ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja.
Pengumuman tersebut dibuat di pejabat Nu Ideaktiv sebentar tadi. Serentak dengan itu juga, Haneesya turut menyerahkan mahkota kemenangan, trofi serta selempang Dewi Remaja.
Menurut Editor Remaja, Faiz Aiman, gelaran tersebut ditarik kerana Haneesya Hanee telah melanggar syarat-syarat Dewi Remaja seperti yang telah ditandatanganinya sebelum memasuki pertandingan ini.
“Pihak kami tidak berkompromi dengan perkara seperti ini kerana ia melibatkan reputasi jenama Dewi Remaja, majalah Remaja dan peserta yang lain juga.
“Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan menarik balik gelaran tersebut daripada Haneesya Hanee,” katanya.
Tambah Faiz lagi, tempat Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja tidak akan diganti oleh penyandang kedua. Ini bermakna Dewi Remaja 2018/2019 tiada pemenang.
“Kami kesal dengan kejadian ini. Pun begitu, pihak kami akan terus menyokong kerjaya Haneesya Hanee biarpun tidak bergelar Dewi Remaja lagi,” jelasnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee akur gelaran Dewi Remaja ditarik]Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!