Sifar pesakit Covid-19 di Hospital Wuhan
BEIJING - Jumlah pesakit koronavirus (Covid-19) yang dimasukkan ke hospital di Wuhan, China, wilayah paling teruk dilanda wabak itu menurun kepada sifar, kata seorang pegawai kesihatan pada Ahad lapor agensi berita Xinhua.
Kejayaan itu hasil usaha keras pekerja perubatan di Wuhan dan mereka yang dihantar untuk membantu memerangi virus maut itu, kata jurucakap Suruhanjaya Kesihatan China Mi Feng pada sidang akhbar di Beijing. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!