Covid-19: Indonesia catat 23 lagi kematian dalam tempoh 24 jam
JAKARTA - Indonesia mencatatkan 23 lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam.
Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto, jumlah kematian kini meningkat kepada 743 kes manakala jumlah kes positif virus itu ialah 8,882.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga terdapat sebanyak 275 tambahan kes positif baharu manakala 19,648 pesakit masih berada dalam pengawasan Covid-19," katanya.
Provinsi Jakarta mencatat kematian tertinggi iaitu 353 kes diikuti Jawa Timur (87 kes), Jawa Barat (77), Jawa Tengah (58) dan selebihnya wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!