Tiga pegawai kanan PDRM bertukar

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan tiga pegawai kanannya berkuat kuasa 18 Februari depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, mendahului pertukaran adalah Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pangkalan Chepa, Kelantan, Deputi Superintendan Ramly Poncho.

Menurutnya, Ramly akan dilantik menjadi Pegawai Pemerintah Batalion 9, Bridged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Kuala Terengganu, Terengganu dengan memangku pangkat Superintendan.

"Seterusnya, Penolong Pengarah Bekalan (Kepolisan Am/ Keselamatan), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Bukit Aman Deputi Superintendan W Mustappa W Ahmad akan bertukar ke Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Pulau Pinang dengan memangku pangkat Superintendan.

"Manakala, DSP (D9) Risikan, Jabatan Siasatan Jenayah, Johor, Deputi Superintendan Hasan Basri Yahya dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Melaka, juga dengan memangku pangkat Superintendan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!