MPP pastikan 1,000 penuntut UMK patuh SOP

Kumpulan penuntut bersyukur dapat pulang ke kampung dalam tempoh PKP.
Kumpulan penuntut bersyukur dapat pulang ke kampung dalam tempoh PKP.
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan memastikan 1,000 penuntut yang dibenarkan pulang mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Yang Dipertua MPP UMK, Ahmad Hurairah Mohd Noor berkata, MPP bersama Hal Ehwal Kebajikan dan Alumni (Hepa) sudah mengumpul maklumat dan data termasuk destinasi kampung semua pelajar yang masih berada di kolej dan rumah sewa.

“Sebanyak 33 bas disediakan dan dijangka mula bergerak pada Rabu ini. Sebagai langkah keselamatan, penuntut akan menjalani ujian saringan kesihatan sebelum menaiki bas.

“Mereka perlu mematuhi penjarakan sosial dan setiap bas dihadkan hanya 20 penuntut tetapi pelajar yang ada simptom seperti demam dan batuk tidak dibenarkan pulang,” katanya hari ini.

Penuntut mula mengemas barangan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Penuntut mula mengemas barangan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Menurutnya, Hepa juga merangka jadual pergerakan bas mengikut empat (zon) iaitu utara, timur, selatan dan tengah manakala Sabah dan Sarawak pula dipecahkan kepada tiga kluster.

“MPP UMK menyedari kerajaan sudah mengambil langkah terbaik bagi menjamin pergerakan pelajar untuk pulang dan memastikan mereka tidak terdedah kepada risiko jangkitan koronavirus (Covid-19),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!