New York buka semula aktiviti ekonomi secara bertahap
NEW YORK - New York akan membuka semula aktiviti ekonomi secara multifasa, kata Gabenor Andrew Cuomo semalam, lapor agensi berita Xinhua.
Beliau berkata, strategi pertama adalah untuk membuka semula sektor pembinaan dan pembuatan dan pada fasa kedua penilaian terhadap perniagaan lain akan dibuat berdasarkan kes bergantung kepada kepentingannya.
Tempoh dua minggu akan dikhaskan antara setiap fasa untuk memantau kesan pembukaan semula dan memastikan kadar kemasukan ke hospital akibat koronavirus (Covid-19) serta kes jangkitan tidak meningkat.
"Ingatan untuk semua anda langsung tidak dibenarkan melakukan apa jua aktiviti di semua wilayah yang boleh meningkatkan jumlah pengunjung ke wilayah itu," kata gabenor.
Beliau tidak memberikan tarikh khas untuk pelaksanaan strategi itu, kemungkinan sebahagiannya akan bermula pada 15 Mei - tarikh akhir sekatan pergerakan di seluruh negara.
Wilayah yang kemungkinan besar dibuka lebih awal ialah New York.
New York City, Nassau County dan Westchester yang paling teruk terjejas, mungkin lebih rumit dan memerlukan koordinasi wilayah, katanya.
New York terus menyaksikan trend penurunan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital dan kematian harian juga menurun kepada 367 orang kelmarin.
Bandar raya itu melaporkan lebih 299,000 kes Covid-19 dengan lebih 22,000 orang lagi meninggal dunia, menurut data Johns Hopkins University. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!