Covid-19: Angka korban di New Zealand meningkat 19 orang

New Zealand mencatatkan satu lagi kematian, satu kes baharu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini sebanyak 1,469. - Foto 123RF
New Zealand mencatatkan satu lagi kematian, satu kes baharu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini sebanyak 1,469. - Foto 123RF
A
A
A

WELLINGTON - New Zealand melaporkan satu lagi korban akibat koronavirus (Covid-19), keseluruhan negara itu mencatatkan sebanyak 19 kematian, kata Kementerian Kesihatan pada Isnin.

Menurut agensi berita Xinhua, New Zealand akan menurunkan tahap amaran kepada Tahap Tiga pada jam 11.59 malam waktu tempatan pada Isnin berbanding Tahap Empat sebelum ini.

Tahap Tiga akan berterusan selama dua minggu sebelum kajian semula dibuat dan keputusan mengenainya diumumkan pada 11 Mei.

Korban ke-19 melibatkan seorang wanita berusia 90-an, penghuni St Margaret's Rest Home di Auckland, kata Ketua Pengarah Kesihatan Ashley Bloomfield pada sidang media.

Sementara itu, New Zealand turut melaporkan satu kes baharu disahkan dan empat kes disyaki dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah jangkitan setakat ini sebanyak 1,469, kata Bloomfield.

Seramai 1,180 pesakit pulih, meningkat sebanyak 38 pada Ahad manakala tujuh lagi pesakit masih dirawat di hospital, termasuk seorang di unit rawatan rapi.

Sementara itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata, jumlah saringan Covid-19 meningkat kepada 8,000 sehari, antara ujian per kapita paling tinggi.

"Kita tidak tahu apa sebenarnya akan berlaku tanpa sekatan tahap empat, tetapi kita dapat lihat senario buruk banyak berlaku di negara lain.

Artikel Berkaitan:

"Kita berjaya mengelakkan situasi terburuk dan kita telah menang dalam pertempuran ini," kata Ardern sambil menegaskan sekarang tiada penyebaran antara komuniti di New Zealand. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!