Penunggang e-hailing diminta patuhi undang-undang jalan raya

Ismail Sabri bercakap kepada pemberita sebelum sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
Ismail Sabri bercakap kepada pemberita sebelum sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Penunggang e-hailing yang melakukan penghantaran makanan dan barangan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini diminta mematuhi undang-undang jalan raya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan laporan polis, ramai penunggang didapati tidak mematuhi undang-undang.

"Mereka tak patuhi undang-undang bukan dari segi pergerakan tetapi dari segi peraturan jalan raya misalnya langgar lampu isyarat merah.

"Jadi polis minta mereka patuhi undang-undang," katanya pada sidang media harian PKP di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan pihak polis juga, seramai 606 individu ditangkap semalam berbanding 577 individu pada hari sebelumnya kerana ingkar PKP.

"Jumlah itu merangkumi 556 individu yang direman dan 50 individu dijamin polis.

"Seramai 22 individu juga telah dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP," katanya.

Menurutnya, secara keseluruhannya, sebanyak 829 sekatan jalan raya dan 377,623 pemeriksaan kenderaan dilakukan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara semalam.

Artikel Berkaitan:

Selain itu katanya, sebanyak 35,346 pemeriksaan mengejut juga diadakan membabitkan pemeriksaan ke atas sebanyak 6,131 premis oleh pihak berkuasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!