Polis siasat dakwaan video, hantaran biadab pelarian Rohingya

Ismail Sabri bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Ismail Sabri bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan meminta rakyat di negara ini supaya bertenang susulan timbulnya video, audio dan hantaran biadab di media sosial didakwa pelarian Rohingya yang telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis sedang menyiasat kemunculan isu tersebut secara tiba-tiba sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Kedatangan pelarian Rohigya ke negara kita ini bukan baru semalam berlaku, tetapi sejak bertahun-tahun. Sebelum ini tidak timbul isu, kedatangan pelarian itu kerana simpati disebabkan kekejaman yang dilakukan terhadap mereka.

“Tetapi akhir-akhir ini sewaktu PKP dilaksanakan, isu (dakwaan kebiadaban pelarian Rohinya) menjadi besar. Ia turut menghairankan pihak polis kerana (tiba-tiba) terlalu banyak berita keluar di media sosial yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Menurutnya, polis turut melakukan siasatan berhubung ketulenan video dan audio mengaitkan warga Rohingya.

“Ini kerana ada sesetengah audio dan video dianggap sebagai palsu. Bagaimanapun tiada sesiapa boleh menentukan kesahihannya selain pihak berkuasa.

“Polis akan menyiasat hantaran, audio, video dan berita berkaitan warga Rohingya ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!