Jualan Ramadan
KUALA LUMPUR, 26 April -- Pekerja kedai air tebu Noraida Ibrahim membungkus air tebu sebelum dijual kepada pelanggannya pada bulan Ramadan ketika tinjauan di Jalan Datuk Keramat hari ini.
Walaupun suasana bazaar Ramadan tidak dapat dirasai tahun ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19, para peniaga tetap boleh meneruskan penjualan juadah mereka secara dalam talian dan kemudian akan dihantar kepada para pelanggan menggunakan khidmat penghantar makanan.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!