Wang simpanan RM11,500 lesap

Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor
Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor
A
A
A

BUTTERWORTH-Seorang wanita berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM11,500 lesap selepas diperdaya sindiket African Scam.

Mangsa berusia 28 tahun itu difahamkan terpedaya setelah mengenali seorang lelaki dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa pada mulanya telah berkenalan dengan seorang lelaki dari Scotland yang memperkenalkan diri sebagai ‘Nadaf Mujhe’ melalui aplikasi Facebook.

“Mangsa yang bekerja sebagai penolong pengurus restoran makanan segera di Pulau Pinang, dimaklumkan melalui WhatsApp, rakannya akan datang ke Kuala Lumpur dan perlukan bantuan kewangan untuk aktifkan kad debit.

"Mangsa kemudiannya terima panggilan daripada pegawai Public Bank nama Azlina dan meminta sejumlah bayaran," katanya.

Katanya, akibat termakan pujuk rayu, mangsa kemudiannya telah membuat lima transaksi deposit tunai berjumlah RM11,500 ke dalam dua akaun bank berbeza di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang.

"Mangsa hanya menyedari ditipu sindiket terbabit selepas 'Azlina' beritahu bekerja di Public Bank Sarawak dan bukannya di Kuala Lumpur.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pagi semalam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!