Remaja sedia juadah berbuka kepada 60 warga asing

Paparan Twitter Danish tarik perhatian.
Paparan Twitter Danish tarik perhatian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkongsian seorang remaja yang sanggup menyediakan juadah berbuka puasa kepada 60 warga asing di rumah kongsi berdekatan kediamannya menarik perhatian pengguna Twitter.

Danish Harraz Abd Hafiz, 13, yang aktif melakukan aktiviti sukarelawan sejak berusia 8 tahun simpati dengan nasib warga asing itu selepas mendapati mereka mengikat perut kerana tiada bekalan makanan dan tidak bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana.

Menerusi ciapan di Twitter miliknya, Danish menulis, "Abang Raheem memang baik. Dia tak suka minta upah tapi kami akan tetap beri dia duit. Ada 60 orang yang berpuasa di rumah kongsi mereka jadi Danish buat mi goreng ayam dan minta ayah hantar.

"Danish juga akan hantar bekalan makanan kepada mereka supaya dapat mereka masak seperti biasa."

Danish yang menjalankan perniagaan menjual biskut dan kek secara sambilan sejak berusia tujuh tahun menganggap Abang Raheem sebagai keluarganya.

"Abang Raheem sebelum pindah ke rumah kongsi, dia dan beberapa kawannya tinggal bersebelahan rumah Danish.

"Dia buat kerja-kerja penyelenggaraan di rumah jiran. Bila kami pindah masuk dia berikan nombor telefon malah dia ambil upah potong rumput," kongsi remaja itu lagi.

Dalam pada itu, katanya bimbingan dari ibu bapa mendorongnya melakukan kebaikan kepada semua manusia pelbagai lapisan bangsa dan agama.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, Danish juga menubuhkan pasukan sukarelawannya sendiri yang diberi nama #DanishLoveAndSupportCrew dengan tujuan mengajak sesiapa yang berminat untuk turut serta membantu golongan kurang bernasib baik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!