Wanita ditipu scammer, terpedaya harga perabot murah

Paparan Twitter AlthahiraIzzati tular di laman sosial.
Paparan Twitter AlthahiraIzzati tular di laman sosial.
A
A
A

KELANA JAYA - Iklan perabot murah menarik perhatian seorang wanita untuk memilikinya namun dia tidak menyedari itu hanya perangkap scammer.

Wanita berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Shafiqah kerugian RM1,600 selepas melihat iklan berkenaan di sebuah laman sosial.

Ketika berkongsi kisahnya bersama Sinar Harian hari ini, Shafiqah berkata, dia membeli satu set bilik tidur, almari dapur dan sebuah sofa untuk dua orang pada harga RM1,600.

"Saya hanya memikirkan kesemua perabot itu murah berbanding tempat lain. Barang yang ditawarkan juga cantik terutama reka bentuknya.

"Penjual itu seperti sangat berpengalaman kerana percakapannya tidak menimbulkan keraguan, tak sangka sanggup menipu saya," katanya yang mengakui tidak mementingkan kualiti.

Tangkap layar perbualan penjual dan Shafiqah.
Tangkap layar perbualan penjual dan Shafiqah.

Katanya, dia menghantar mesej melalui aplikasi WhatApps pada 9 Mac dan penjual perabot memaklumkan dimaklumkan barangnya tiba pada 16 Mac.

"Saya mengesyaki penjual itu ialah scammer selepas dia block saya dan ketika itu suami sedang teruja menunggu perabot berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, Shafiqah membuat laporan polis di Balai Polis Kelana Jaya dan turut menasihatkan pembeli yang menjadi mangsa daripada penjual yang sama membuat laporan polis.

Paparan Twitter AlthahiraIzzati tular di laman sosial.
Paparan Twitter AlthahiraIzzati tular di laman sosial.

"Kita boleh mengukuhkan lagi tuduhan. Walaupun jumlah kerugian tidak sampai puluhan ribu tetapi kalau ramai yang tertipu, perkara ini tak wajar dibiarkan." katanya.

Sebelum ini tular di laman sosial perkongsian pelayar Twitter dikenali AlthahiraIzzati terhadap satu kes penipuan dipercayai scammer menjual perabot dengan harga murah kemudian setelah membuat pembayaran, pembeli akan disekat dari aplikasi WhatsApp.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!