1,680 pelajar di zon timur mula perjalanan Rabu ini

"Mak! Kakak dah boleh balik rumah!", itulah ungkapan pertama pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) Wan Norfatin Aliya Wan Mahadi, 21, (kanan) ketika menghubungi ibu melalui panggilan video bagi menunjukkan borang pengisytiharan kesihatan yang membolehkan pelajar pulang ke pangkuan keluarga ketika tinjauan fotoBernama di UMP Kampus Gambang hari ini. - Foto Bernama
"Mak! Kakak dah boleh balik rumah!", itulah ungkapan pertama pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) Wan Norfatin Aliya Wan Mahadi, 21, (kanan) ketika menghubungi ibu melalui panggilan video bagi menunjukkan borang pengisytiharan kesihatan yang membolehkan pelajar pulang ke pangkuan keluarga ketika tinjauan fotoBernama di UMP Kampus Gambang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Seramai 1,680 pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta di Pantai Timur yang terkandas di asrama, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dijadualkan memulakan pergerakan pulang ke rumah masing-masing, secara berperingkat mulai Rabu ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Dr Yuserrie Zainuddin yang merupakan Ketua Koordinator Zon Pantai Timur berkata, perjalanan pertama pada Rabu ini, hanya melibatkan pelajar yang mahu pulang ke negeri Pantai Timur.

Perjalanan ke zon tengah, utara dan selatan pula dijadualkan berlangsung secara berperingkat mulai Sabtu (2 Mei) sehingga 10 Mei depan, melibatkan enam jadual perjalanan.

"Bagi memastikan kelancaran perjalanan, beberapa siri perbincangan telah diselaraskan melibatkan semua pentabiran universiti awam, IPTS, politeknik dan Kolej Komuniti di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

"Perbincangan ini juga melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan polis," katanya dalam satu kenyataan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Pergerakan Pulang Pelajar IPT Zon Timur, di UMP Kampus Gambang di sini, hari ini.

Yuserrie berkata, semua pelajar terlibat perlu menjalani saringan gejala bagi memastikan mereka tidak mengalami sakit tekak, batuk, selesema dan pemeriksaan suhu badan di pusat kesihatan universiti, sebelum perjalanan selain memakai penutup mulut dan hidung, sepanjang perjalanan.

Bagi UMP, beliau berkata seramai 265 pelajar, 15 pegawai perhubungan dan 30 pemandu akan disaring, bagi pergerakan fasa pertama yang melibatkan perjalanan 15 buah bas, dari UMP Kampus Gambang ke destinasi masing-masing. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!