Mayat lelaki dipercayai lemas ditemui di dalam longkang
KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemui di dalam sebuah longkang besar di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang, dekat sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menemui mayat yang identitinya belum dikenal pasti itu, kira-kira jam 2 pagi.
Katanya, lapan pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.48 pagi.
Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!