Sumber makanan haram punca anak derhaka

Nooh Gadut (kanan) ketika menjawab persoalan Fazrul pada program Majlis Ayah: Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga bertajuk Ibrahim Kalilullah, Ayah Tauhid di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam.
Nooh Gadut (kanan) ketika menjawab persoalan Fazrul pada program Majlis Ayah: Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga bertajuk Ibrahim Kalilullah, Ayah Tauhid di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan lelaki bergelar ayah dinasihatkan memastikan sumber makanan yang diberikan kepada ahli keluarga supaya memperoleh keberkatan hidup dan anak yang soleh.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, makanan daripada sumber rezeki yang tidak halal menjadi antara punca anak menderhaka kepada ibu bapa.

Menurutnya, ibu bapa yang diuji dengan perkara tersebut perlu bermuhasabah diri dengan mengenal pasti sumber rezeki masing-masing.

“Daripada kajian yang saya lakukan, antara sebab salah satu anak derhaka walaupun dibekalkan dengan ilmu pengetahuan tinggi kerana makan makanan haram.

“Daging, tulang dan darah yang timbul daripada makanan haram itu maka neraka lebih utama tempatnya. Maksud neraka di dunia, inilah berlaku masalah dan ujian.

“Kadang-kadang kita tidak bentuk dan didik mereka begitu. Tapi ibu bapa jangan putus asa, dalam Islam tidak ada putus asa,” katanya pada program Majlis Ayah: Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga bertajuk Ibrahim Kalilullah, Ayah Tauhid di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam di sini semalam.

Hadir sama, Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa 2014, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali manakala Fazrul Ismail sebagai pentadabbur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!