Buruh ditahan bersama 80 bungkus air ketum

80 bungkus air ketum dan beberapa peralatan memasak yang dirampas polis.
80 bungkus air ketum dan beberapa peralatan memasak yang dirampas polis.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang buruh ditahan bersama 80 bungkus air ketum di sebuah rumah di Jalan Permatang Pak Maras, Penaga di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam bersama air ketum yang jumlah keseluruhan isipadu 20,000 mililiter (ml).

Menurutnya, hasil siasatan mendapati air ketum itu untuk dijual di sekitar kawasan Penaga di sini.

"Nilai Keseluruhan air ketum yang dirampas dianggarkan bernilai RM500 dan ujian saringan air kencing suspek negatif. Turut dirampas beberapa peralatan termasuk tong gas dan dapur dipercayai digunakan untuk memproses air ketum tersebut.

"Suspek akan direman empat hari bermula dari hari ini hingga 1 Mei nanti untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!