39 rumah rosak akibat ribut di Arau

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KANGAR - Sebanyak 39 buah rumah sekitar Arau mengalami kerosakan dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kira-kira jam 7 malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Mejar (PA) Mohd Farid Ishak berkata, bilangan rumah yang rosak dijangka bertambah selepas penilaian dibuat hari ini.

“Angin ribut dan hujan lebat telah menyebabkan atap dan sebahagian struktur bumbung rumah mengalami rosak teruk.

“APM telah menghantar anggota untuk membantu mangsa dengan memasang kanvas sementara di rumah mangsa dan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd Farid berkata, rumah yang terjejas adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang iaitu di Bongor Kudong (5), Padang Petani (5) dan Bendang Baru (6), di kawasan DUN Sanji membabitkan tujuh rumah dan 16 buah rumah di DUN Sanglang.

Katanya, selain APM, agensi lain yang turut membantu mangsa ialah Pejabat DUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!